Friday, June 21, 2013

resah sekeping hati..


Ni punca pertama aku resah...perasaan ni dah berbulan2....memikirkan PhD ku...mcm2 dipkir...dulu masa nak exam 9 month assessment...masa tuh takutnya, hati terpikir, boleh ke projek ni jalan? apa yg examiner akan tanya masa viva? presentation nanti mcmmana? Resah punya resah, akhirnya aku dah lepas viva...bila org ucap tahniah...terfikir, ehh? dah lepas ke? bila dapat result, syukur, susah payah selama ni berbaloi...akhirnya " It's a GO ! " Projek ni boleh jalan, dan mereka kata ada novelty...hati berbunga2 dan bersyukur, sbb dah naik tahun 2 (yeay!).. Tp hati masih gundah... ok..org ckp projek dah boleh jalan, so ini la masanya utk susah payah...

Planning, setting, beli brg2 lab... then time data collection dah bermula...mmg aku dah set up hati ni, ini la yg aku akan tempuhi...kesusahan nya mmg aku sudah jangkakan...cuba..dan cuba..tp akhirnya hari ni, terhambur juga air mata ku! Bukan mengeluh pada yg Esa, kerana terlalu banyak nikmat yg telah diberi yg perlu aku syukuri...namun setelah lama bertahan !! Ini lah org ckp PhD..mcm2 dugaan yg datang yg sampai tidak terduga...huk huk...iya! hari ni mood sedih...sedih sesedihnya, down sgt rasa...sampai terfikir, boleh ke aku abes ni? ada 1 1/2 tahun lg :-( mampu ke?

Aku bersyukur krn ada sang suami dibelakang, sentiasa menyokong dan meredakan resah hati (walaupun knkdg kena marah sbb suka pikir bukan2!)..Bila hati sedih, risau, mcm2 pkir..Muka pn dah mencuka...Sang suami? boleh lg marah sbb muncung tak bertempat katanya...Wahai encik suami intan payung....mana boleh nk senyum n wat muka manis lg cik abang oiii? xyah la marah isterimu ini bila dia muncung!! huhuhuhuhu..hati sedih, risau n mcm2 terfikir bila benda yang di rancang tidak mengikut perancangan :-(

Punca ke DUA... seorang sahabat kami di Aberdeen....beliau telah kembali ke Malaysia...dah habis PhD pn dan bakal konvo summer nanti, perancangan telah dibuat yg beliau bakal dtg konvo bersama isteri ke Aberdeen, tp rupanya perancangan Allah adalah yg terbaik utk dirinya..kurang 2 minggu dari beliau dijadualkan datang, beliau telah dijemput Yang Maha Esa....meninggalkan isteri dan anak2 yang masih kecil...seorang 7 tahun, yg ke 2, 5 tahun...baru rasanya aku tumpang bahagia tgk dia habis viva...tumpang ucap tahniah...dan tumpang berangan, cepatla aku habis mcm beliau...akhirnya beliau dijemput Illahi...baru rasanya isteri beliau talipon kami di Aberdeen, kes nya kami tak sempat hantar beliau balik ke airport, masa tuh aku sibuk sampling, dan kami berkejar ke airport utk jumpa beliau kali terakhir sbb beliau akan balik for good...tp kami terlepas :-) Sampai2 depa dah terbang...bising mulut sang isteri talipon kami dari Malaysia psl dia tau kami bawak kete laju kejar utk jumpa juga ngn depa sekeluarga...tup tup berita yg aku dapat 2,3 hari lps, sang suami telah meninggal dunia...Wahai Effa, tabahlah....itu doaku untuk mu...Azmina doakan hidup mu dan anak2 dipermudahkan Allah dunia akhirat...Arwah Dr Jejai, moga anda tenang di sana...Iya...aku sungguh terkesan dgn berita ni...bila ingat je hati ni rasa nak menangis...sob sob.. Hidup ini singkat..membuatku terfikir, hargai apa yg ada depan mata, suami...anak...kami xmau terpisah lg seperti dulu...we would like to cherish every moment...Terfikir pula jika aku di jemput Illahi...mmg belum bersedia coz amal pn belum cukup...Namun, harap suami dan anak ku tahu...I love them so much..for the rest of my life..I love you zayyan...from the bottom of my heart..

Permudahkan la segala2nya utk diriku, keluarga ku dunia akhirat...Ya Tuhanku, permudahkan perjalanan sahabat2ku, yang sama perjuangan dgn diri ku..sesungguhnya kami menuntut ilmu, dengan niat agar ilmu yang dipelajari dpt dimanfaatkan sebaiknya..Ampunilah dosa ku...terima lah taubat ku...sesungguhnya aku insan yg hina dan selalu alpa :-(

Buat sahabatku hidayah, terima kasih krn sentiasa ada utk mendengar, mendoakan sahabatmu ini...Perjalanan kita msih jauh, moga Allah permudahkan segala2nya dunia akhirat utk kita! Ameen!!

As below...2 ratu dlm hati ku :-) Saje bg depa nampak kecik coz nak bg nampak gmbar pemandangan :-)

"Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia"

" Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Illahi
Tuk satukan kami di surga nanti"(eh eh, tentu ke masuk syurga? huhuhuhu)

*Wali Band- Doaku untuk mu sayang*

p/s- iyer...hari ni mood down...kalo rasa meluat dan nak muntah, baik anda tinggalkan blog ini :-)


5 comments:

  1. assalamualaikum. saya firdaus. dimana saya boleh dapat maklumat untuk bilik sewa melayu di aberdeen? terima kasih

    ReplyDelete
  2. firdaus boleh email melayuaberdeen@yahoo.co.uk
    untuk berhubung dgn ajk persatuan melayu aberdeen. Normally mereka akan add firdaus ke yahoo group. Then firdaus boleh post pertanyaan rumah/bilik sewa di sana. Hope this helps

    ReplyDelete
  3. Sahabat, tahniah kerana telah berjaya menempuh separuh perjalanan phdmu. Pada tarikh post ini, aku sedang mengharungi defence tesisku. Jangan ragui akan janji Allah.. Teruskan berjuang, mohon pertolonganNya kerana tiada secubit pun melainkan hanyalah kasihNya dia kepada kita. "Buat bahagian kita, jangan difikir akan urusan Allah".

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq imran...knkdg hati mesti gundah, pkir kekurangan diri sndiri/kemampuan..thanks atas kata2 anda itu...sgt bermakna! Dulu ambo tgk demo fly...skrg defense tesis doh...huhu..doakan sahabatmu ini menyusul deh :-) * hugs utk intan & si comel *

      Delete
  4. lamo berdooh doh tak blogwalking, mujo dey update blog jah kadey2... entri ni lamo doh mesti loni ok doh research tu insyaAllah semoga semua berjalan lancar rindu kat uuu... n also cik huuuu...

    ReplyDelete