Friday, June 21, 2013

resah sekeping hati..


Ni punca pertama aku resah...perasaan ni dah berbulan2....memikirkan PhD ku...mcm2 dipkir...dulu masa nak exam 9 month assessment...masa tuh takutnya, hati terpikir, boleh ke projek ni jalan? apa yg examiner akan tanya masa viva? presentation nanti mcmmana? Resah punya resah, akhirnya aku dah lepas viva...bila org ucap tahniah...terfikir, ehh? dah lepas ke? bila dapat result, syukur, susah payah selama ni berbaloi...akhirnya " It's a GO ! " Projek ni boleh jalan, dan mereka kata ada novelty...hati berbunga2 dan bersyukur, sbb dah naik tahun 2 (yeay!).. Tp hati masih gundah... ok..org ckp projek dah boleh jalan, so ini la masanya utk susah payah...

Planning, setting, beli brg2 lab... then time data collection dah bermula...mmg aku dah set up hati ni, ini la yg aku akan tempuhi...kesusahan nya mmg aku sudah jangkakan...cuba..dan cuba..tp akhirnya hari ni, terhambur juga air mata ku! Bukan mengeluh pada yg Esa, kerana terlalu banyak nikmat yg telah diberi yg perlu aku syukuri...namun setelah lama bertahan !! Ini lah org ckp PhD..mcm2 dugaan yg datang yg sampai tidak terduga...huk huk...iya! hari ni mood sedih...sedih sesedihnya, down sgt rasa...sampai terfikir, boleh ke aku abes ni? ada 1 1/2 tahun lg :-( mampu ke?

Aku bersyukur krn ada sang suami dibelakang, sentiasa menyokong dan meredakan resah hati (walaupun knkdg kena marah sbb suka pikir bukan2!)..Bila hati sedih, risau, mcm2 pkir..Muka pn dah mencuka...Sang suami? boleh lg marah sbb muncung tak bertempat katanya...Wahai encik suami intan payung....mana boleh nk senyum n wat muka manis lg cik abang oiii? xyah la marah isterimu ini bila dia muncung!! huhuhuhuhu..hati sedih, risau n mcm2 terfikir bila benda yang di rancang tidak mengikut perancangan :-(

Punca ke DUA... seorang sahabat kami di Aberdeen....beliau telah kembali ke Malaysia...dah habis PhD pn dan bakal konvo summer nanti, perancangan telah dibuat yg beliau bakal dtg konvo bersama isteri ke Aberdeen, tp rupanya perancangan Allah adalah yg terbaik utk dirinya..kurang 2 minggu dari beliau dijadualkan datang, beliau telah dijemput Yang Maha Esa....meninggalkan isteri dan anak2 yang masih kecil...seorang 7 tahun, yg ke 2, 5 tahun...baru rasanya aku tumpang bahagia tgk dia habis viva...tumpang ucap tahniah...dan tumpang berangan, cepatla aku habis mcm beliau...akhirnya beliau dijemput Illahi...baru rasanya isteri beliau talipon kami di Aberdeen, kes nya kami tak sempat hantar beliau balik ke airport, masa tuh aku sibuk sampling, dan kami berkejar ke airport utk jumpa beliau kali terakhir sbb beliau akan balik for good...tp kami terlepas :-) Sampai2 depa dah terbang...bising mulut sang isteri talipon kami dari Malaysia psl dia tau kami bawak kete laju kejar utk jumpa juga ngn depa sekeluarga...tup tup berita yg aku dapat 2,3 hari lps, sang suami telah meninggal dunia...Wahai Effa, tabahlah....itu doaku untuk mu...Azmina doakan hidup mu dan anak2 dipermudahkan Allah dunia akhirat...Arwah Dr Jejai, moga anda tenang di sana...Iya...aku sungguh terkesan dgn berita ni...bila ingat je hati ni rasa nak menangis...sob sob.. Hidup ini singkat..membuatku terfikir, hargai apa yg ada depan mata, suami...anak...kami xmau terpisah lg seperti dulu...we would like to cherish every moment...Terfikir pula jika aku di jemput Illahi...mmg belum bersedia coz amal pn belum cukup...Namun, harap suami dan anak ku tahu...I love them so much..for the rest of my life..I love you zayyan...from the bottom of my heart..

Permudahkan la segala2nya utk diriku, keluarga ku dunia akhirat...Ya Tuhanku, permudahkan perjalanan sahabat2ku, yang sama perjuangan dgn diri ku..sesungguhnya kami menuntut ilmu, dengan niat agar ilmu yang dipelajari dpt dimanfaatkan sebaiknya..Ampunilah dosa ku...terima lah taubat ku...sesungguhnya aku insan yg hina dan selalu alpa :-(

Buat sahabatku hidayah, terima kasih krn sentiasa ada utk mendengar, mendoakan sahabatmu ini...Perjalanan kita msih jauh, moga Allah permudahkan segala2nya dunia akhirat utk kita! Ameen!!

As below...2 ratu dlm hati ku :-) Saje bg depa nampak kecik coz nak bg nampak gmbar pemandangan :-)

"Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia"

" Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Illahi
Tuk satukan kami di surga nanti"(eh eh, tentu ke masuk syurga? huhuhuhu)

*Wali Band- Doaku untuk mu sayang*

p/s- iyer...hari ni mood down...kalo rasa meluat dan nak muntah, baik anda tinggalkan blog ini :-)


Sunday, January 20, 2013

Salam 2013

Tak tau nk tulis apa sebenarnya, tgh mengisi sesuatu secara on-line, tp connection tak ok...so, hati tgh geram dan panas...nk buat benda lain, hati masih belum tenang utk berfikir ...akhirnya, aku bukak juga blog ni rupanya ;-)

Smlm suami tercinta aka papa zayyan tiba2 ajak pergi ke luar Aberdeen...katanya nk release stress, so si ibu ni ingt nak memasak utk release stress, tp terpaksa menurut jer la walaupun hati tak berapa nk pergi... Aberdeenshire ni bawah aberdeen juga, cuma bukan dalam bandar tempat kami duduk...sblm ni mmg kami dah menjelajah hampir sume Aberdeenshire, dari stonehaven hinggalah ke Peterhead and Huntly,Aberdeenshire.. masuk kg, ceruk kg dll...bukan berjalan, tp mendapat tugasan dari sang supervisor utk menolong dia sampling...so kerja aku dan suami, masuk rumah org puteh...amek sample...mcm2 rumah kami dah masuk,rumah ladang (yg ada pokok apple & kuda), rumah bungalow (yg maha besar), rumah kecik comel ala2 cottage dll....syukur nikmat Allah...Aberdonian ni mmg baik2..peramah dan menghormati kita...cuma tiap kali balik tuh kena samak coz hampir semua rumah ada anjing,so mmg sudah biasa dijilat anjing ;-) terpaksa bermain dan menghormati anjingnya kerana utk menghormati tuan rumah.

Berbalik kpd cerita di atas, suami tercinta ajak ke Ballater, Braemar, Aberdeenshire...dekat sgt jer..dlm sejam setengah perjalanan..tp keluar bandar Aberdeen dan masuk ceruk kampung...yg mmg sgt cantik...mostly tepi pantai, town Aberdeen ni, snow boleh jadik lebat,knkdg mild..so kalau nk experience snow yg maha tebal, pergilah keluar bandar,Aberdeenshire...mmg tidak pernah mengecewakan dan snow berkaki-kaki tingginya ;-)

We went there in the morning,trying to drive as slowly as possible. Tp alhamdullillah spt kwn bgtau (member office yg suggest pergi), main road, mmg grit salt depa tabur, though berhati2 takut skidded aje..so bawa mmg sgt slow smbil experience keindahan alam..Mmg cantik! sgt cantik... kdg2 kita sbg manusia lupa kehebatan sang pencipta, bila diamati, mengagumkan, breathless...dan barulah kita sedar, betapa kerdilnya kita di sisi Allah... perjalanan yg sepatutnya ambil masa sejam setengah jadik lama krn kereta kami sgt berhati2 (;-))...Selalu berhenti untuk ambil gambar,sampaikan ada scottish berhenti kereta dan bertanya kami, Aint all rite? hiihihi...I guess dia ingatkan kereta kami alami kerosakan kot... so, terpaksa la kami menerangkan bahawa kami ini JAKUN....hanya untuk mengambil gambar pemandangan yg sgt cantik di kampung2 kan?

Kami selamat sampai di Ballater waktu tengahari..kami solat dlm kereta ;-)..Ballater ni tempat main ski..masa sampai,suhu -8 degree, sgt cantik...rasanya ni pertama dan terakhir kami sampai kot...org tua2 ckp ambil pengalaman kan?...Alhamdulillah selamat semuanya



otw ke ballater





Muka seorang budak yang bosan ;-)


Akhirnya kami sampai!



Sebelum terlupa, Salam Tahun baru kpd sume rakan2 walau dimana jua anda berada...Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya, semoga bertambah iman yg jelas senipis kulit bawang ini, semoga bertambah kenikmatan dlm bersolat dan plg penting, diberkati Allah dunia dan akhirat..Aminnn

Sunday, October 21, 2012

Perihal pertemuan dgn cikgu zayyan & chocolate cake

2,3 minggu lepas, sekolah zayyan ada open day (tak ingt dah specific apa yg panggil)..objektifnya, parents dipanggil utk perbincangan bersama guru.. i guess utk membincangkan 'learning journey' & milestone zayyan.. we're a bit worried, al maklum putera kami cakapnya pelat, ore kelate ckp telo.. so, one of our major concern, cikgu dia faham ke? We're really shocked, sbb cikgu dia cakap 'Basically, i can understand his speech, what he wants, and we are still trying to develop the variety of vocabs bla bla bla...Ya Ampun! nko paham ekk mat saleh? isyk isyk...Alhamdulillah.. Apa yg merisaukan mommy dia lg, coz zayyan antara murid yg tua dlm nursery dia... tahun depan, disebabkan dia lahir awal january, dia boleh masuk Primary One (P1)...kalau xsilap kami cut off date dia between 1st march until 28/29th february the following year... so dia bakal masuk P1 dgn budak2 umur 5 tahun (lg la kami risau)..lat sini, darjah satu dia umur 5 tahun.. zayyan masuk darjah satu? .. Allahuakbar! rasa mcm tak boleh lg..tp sbg parents, kita boleh boleh request deferred entry to Primary 1 [request anak kita kekal lg satu penggal dlm nursery (am i rite?)].. ... but i guess, tgk perkembangan dia mcmmana la...bersedia ke or still belum lg ;-)

One of the good thing here, nursery dia ada cikgu, dan ada 3 nurse teacher (gamaknya ni negara maju kot)..cikgu bukan calang2 cikgu mcm dekat Malaysia,cikgu ada training dlm montessory or early education.. One of the things that they advice,biarkan kanak2 ni kreatif...memetik konsep mereka' each child is challenged and stimulated. Children are encouraged to be as independent as possible'. Nursery penuh toys.. and during snack time, budak2 ni akan involved sndiri dlm penyediaan menu snack mereka, al kisah, tolong cikgu masak2... memetik lg laman web depa, "The children have a healthy snack during the session and this in itself provides opportunities for learning as the children are fully involved in choosing and preparing the food. Often this will mean looking at recipes, reading packaging and instructions as well as baking or cooking'..semua ni copy paste bari laman web school zayyan..patutla baru2 ni dia mintak koklot cake? so kunun2 nak involved anak baking bersama & kunun2 nak stimulate his cognitive skill and brain development... mommy pun buatla kek chocolate dgn zayyan...

Ya tuhan, sesi pertama, kotak tepung terbalik masuk dlm dlm mentega & icing sugar yg kita tgh mix! Sabar...sabar wahai mommy zayyan! mata dah jegil tgk kat zayyan, dia menciput dah larik (garang ke?)...rasa dah ok, pnggil dia, come, let's help mommy again...sesi kedua, dia tumpahkan tepung & koko masa kita nak masukkan dlm mixer...huarghhhh...wahai hati, sabarlah utkmendidik anak mu ini..camana la mat saleh ni sabar ajar anak2 dia? sib baik tak kena jerkah je zayyan tuh...sabar lg, then he helps me to mix everything... huh! tumpah lg!

bila tgk muka dia...dia sgt excited... yayan cook koklot cake! telling me that he bake a cake? har har ... sanggup tak makan nasik n menunggu depan oven utk makan kek chocolate! sesi mengemas? Alhamdulillah, ada papa zayyan yg tolong basuh (kami tukang sepah :-))

hasilnya? lihatla gambar di bawah :-) I'm proud of u zayyan! Gambar kedua, gmbar kami otw balik sampling,dgn jakunnya, we spotted an apple tree! Gmbar ketiga, masa ikut kwn2 g strawberry picking masa summer (kunun2 release stress)













Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 1433H




Pertama kali menyambut ramadhan di Aberdeen, walaupun puasa mencecah hampir 19 jam, namun tidaklah menjadi hal bg kami. Syawal yg bakal menjelang esok juga, merupakan rahmat Allah juga bg kami sekeluarga..Walaupun tidak disambut bersama keluarga, looking at the bright side, we have our own small family, utk kongsi segala2nya bersama di perantauan.. Dari segi beraya pulak, jimat duit raya 3-4 tahun nih (yuhuu), dah tak bising2 nak balik rumah sapa dulu raya nih..hahhaha... dipendekkan cerita, tidak ada lg makan ajer mak masak & mertua masak, segala hidangan tahun ni, air tgn sendiri tuh ! phewwwww.. what a great improvement ekk?

I'm pretty impressed with my hidden cooking talent (iye tak abg?). Tart nenas (sanggup kacau nenas sndiri tuh buat jam), chocolate chip cookies (zayyan's fav), kek chocolate bakal di siapkan sekejap lg & pg esok pg2 nk siapkan rendang & kuah kacang utk nasik impit (org lain, sambil pejam mata jer masak kan?) as for me, yg memang biasa dah makan emak+ kakak yg masak, emmm...sape lg nk masak kan kalo kita tak buat dah skrg?) tgk muka hubby yg pura2 sayu tanya nak makan apa kita yer? (ehem2...wahai en. suami, xwat muka kesian pn mommy akan masak ok!)cik suami pula nk ambik tender buat tapai (lepas bungkus, penat kena letak dlm oven bagi panas ) dan katanya lg nk buat sate? emm bley caya ke?...let's hope that next hari raya would be better for us ..

Kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, buat keluarga & rakan-rakan. Maafkan segala kekhilafan, yang baik itu dtgnya dari Allah, yg buruk itu dtgnya dari kelemahan kami sendiri..

Have a safe journey, selamat beraya sakan!


Wednesday, June 20, 2012

Something to ponder...

Kenapa yer...minggu ni asyik tulis blog...MasyaAllah... i have something to share ...

due to doing PhD in Child's Health Department..byk la berkawan dgn pediatrician yg membuat PhD.. things that they thought me... if your child have a fever... and a sudden of rise in the temperature... lebih baik bagi Ibuprofen and PCM sekali, daripada bg supersitory a.k.a ubat bontot (supp. voren)... apa yg jadik amaln kami kat mesia...bila zayyan demam panans, pediatrician suruh bg ubat...if tempoh one hour, sikit pun tak kebah, PLEASE bubuh supp. voren... then boleh selang bagi PCM 4 jam, 4 jam lg bagi Ibuprofen...itu membantu turunkan suhu dia..

A friend of mine...dia ckp... u should give your son full dose PCM & full dose ibuprofen...bg sekali...suap PCM dulu then Ibuprofen, or campur pn xper... it will shoot down your son temperature terus... dia calculate utk zayyan, boleh bg 10ml PCM (jika concentration tuh 120mg; kalau 240 bg 5 ml ajer)then bg pula 5 ml Ibuprofen..dos perlu diberi dlm masa yg sama,baru ada efek.. maximum dose 40 ml per day utk zayyan (based pada berat dia)and its better than giving your son supp. vorren, sgt byk side effect dia katanya (can even bleed the intestine) coz suppersitory medicine, concentration dia lg high dose dari ubat makan (u can imagine how high for your baby!).. utk zayyan la..baby lain, lain pula caranya..I trust her coz she's a paediatrician currently doing PhD in 'the effect of medication' and currently lagih...antara senior dekat ward disini (selain drp consultant yg mmg dah ada PhD yer), lg satu currently berdaftar dgn persatuan paediatrician yg memerlukan dia ambil 3 exam utk jadik paediatrician & sekurang2nya praktis perlu more than 8 years... huh! nape paediatrician kat malaysia tak cakap? dia ckp, most paediatrician dekat Malaysia ada master & claim depa paediatrician...ada master bukan paediatrician...adakah dia berdaftar & amek exam tuh... yg dia ckp sgt susah n dia amek pn byk kali utk lulus...lain kali, balik mesia...kita tnya apa pndapat dr kat mesia pulak..

lupa nk bgtau...if dah bagi ubat PCM...sejam tak kebah...boleh bg supp.vorren...tp bila bg brufen...sejam tak kebah, boleh bg supp. paracetamol...jgn bg ibuprofen, then sejam tak kebah bg supp. vorren plak...ibuprofen & supp vorren jenis yg sama, anak boleh overdose! or jgn pula bg PCM..terkejut tak kebah, sumbat supp. PCM lg!)Please check, jgn main2 ubat bontot ajer...ubat ada byk jenis...tgk jenis dia...n ingat apa yg kita dah bg kat anak orally..to be safe, Always have both! u can use alternately...

and be wise! hanya jika TERLALU TERPAKSA!
selagi boleh sponging, boleh bg dia minum air masak dgn bnyak, suhu sedikit turun...there's no need for supp..

satu lg pasal sponging...if you are in Malaysia...you definitely need to sponge your son with lukewarm water..kalau nak cepat, tap water pn ok...so, kalau anda berada di negara yg bersuhu sejuk ..jgn gatal nk sponging.. just open his clothes... close all the heaters...bukak tingkap bg udara sejuk masuk...its just simple as that...bila gatal nk sponging, suhu sejuk, air sejuk, your body will definately retain the heat, tak bagi keluar...so lain jadik...kalo fikir konsep pemindahan haba 'heat exchange' yg kita amek dulu...betul la kan? hhihiihi

berbalik kpd kesihatan putera kami pula...kami sgt bersyukur, coz sejak dtg sini, he's in the best heallth...xpernah dah asthma...demam pn sekali ajer kot...cuma mommy dia dah kwn dgn doktor...so tnya la mcm2... so harap ilmu tuh bertambah la yer..

mula2 dtg cni...papa nya gatal cakap english dgn zayyan... sbb tau dia akan masuk sekolah, so terpaksa...akhirnya, putera kami tuh 'BISU' sekejap... tunjuk itu ini, ckp pn sikit2...mak dia dah risau dah...marah dah papa dia..pening kepala otak budak tuh... but within 2 months, tgk tv dll... he can converse a bit in english... this week... hamba sgt terkejut... dia jawab telefon.. 'Oh Dear, mummy is calling!'..har har...lawak pulak... perkataan oh dear, perkataan oh no...selalu ajer sebut..lg satu, kejap-kejap ajer suka dtg tnya, 'mummy, what are you doing?'...kalau papa tak ada...mesti menjerit 'papa, where are you?'.. nak org belikan mainan, tak berani nk mengamuk kat kedai (mommy garang kot), tarik jer tangan, please mommy, please (sambil tgn tunjuk kat train thomas)...aduiii...nak tergelak, lemah rasa, terus belikan.... pernah dia tunjuk rumah kami..oh its 'umah'(rumah)...then teringat balik, dia tukar..oh no, house! :-) har har..zayyan oh zayyan... betapa susahnya mommy jaga awak kecik dulu yer...melalak tak berenti, tuh xtermasuk sakit....syukur Allah terus beri nikmat kesihatan kepada kami...

moga Allah permudahkan segalanya urusan kami disini! PhD ku, kesihatan kepada puteraku, diri ku, suami ku...itu adalah nikmat xterhingga dah bg diri ku!

Saturday, March 10, 2012

Salam Dari Aberdeen


Lama tak menjengah ke blog..mungkin ini entry terakhir sblm menutup blog selamanya..wallahualam..sbb merasakan sudah xde masa utk ber blogging juga merasakan tatapan diari hidup sudah tidak wajar utk dikongsi, tidak dapat ditafsirkan rasa hati ini, lgpn xde bakat ;-) ..

Kami bertolak dari KLIA ke aberdeen pada 26 Januari lalu,Flight transit di amsterdam, dan terus ke aberdeen, kami naik flight pukul 11.59 minit tengah malam, Malaysian Airlines.. sepanjang kami bergerak ke terminal antarabangsa C7, kami rasa biasa ajer,nak kata nervous pn tidak..excited pn tidak..mmg dah tawakkal utk meredah tempat org.. shariff menolak zayyan dalam stroller, zayyan pn nampak selesa..sambil menunggu dipanggil, baru terperasan yang aku seorang aje yg bertudung menunggu flight tuh...mat saleh tgk2 juga pada kami..agaknya duk pkir, 'Apa la budak ni nak wat kat Amsterdam?' hahaha..tp semua senyum ajer...siap tegur zayyan lg..comel ke anak aku? hahha

Perjalanan menaiki malaysia airlines memakan masa hampir 14 jam..naik pukul 11.59 tengah malam, dan kami sampai di Amsterdam pukul 1.30 tengahari waktu Malaysia, tp sbb merentasi masa, waktu tempatan di Amsterdam hanya pukul 6.30 pagi, 27 Januari..keluar dari terminal..kami terus berjalan utk cari terminal transit utk ke Aberdeen. Kami menaiki KLM Royal Dutch City Hopper utk ke Aberdeen, namun flight kami hanya pada pukul 9.30 pagi. Tak tau nak buat apa sambil menunggu, kami jalan juga perlahan2 tgk kedai, TGk ajer! then terus ke washroom utk tukar memakai thermal...zayyan pula, kami dah tukar pakaian awal2 lg..kemudian terus ke gate kami..KLM royal duth menggunakan sistem bas, jadi kami kena keluar naik bas dari terminal utk dibawa ke kapal terbang kami..mula2 keluar, kami diberitahu suhu 3 degree..baru terasa yg bila bercakap, eh, kenapa keluar asap? ;-) Sampai di Aberdeen, jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi.. suhu 1 degree, dgn angin yg kuat, aku dokong zayyan utk turun dari plane..dan berjalan..alhamdulillah imigresen ok..UK border o..scotland yard pn ok..siap datang sembang2 lg..kemudian kami terus ambil cab ke rumah sewa kami.. Di rumah sewa, landlord kami, Rosemary Clark sudah menunggu..a very warm landlady! sudah bayar deposit rumah 1400 pound, tandatangan apa yg patut, kami sudah mula mengemas.

Sejam kemudian pelajar PhD malaysia, wanis dtg rumah bawa makanan ;-) syuukur alhamdulillah..wanis juga dtg bawa duvet, sarung duvet memandangkan walaupun rumah kami fully furnished siap dgn cadar, duvet tak ada..mana nak tahan , maklumla kami arrived during winter, lps tuh wanis bawa cari brg2 rumah, barang halal dan petangnya Haji Hamdan dan isteri ajak makan...syukur lg..siap Kak Saniah bekalkan kami lauk lg utk makan esok pg...Alhamdulillah..terima kasih semua yg membantu kami..

Rumah kami 2 bilik, depan rumah taman, dikenali sbg Victoria Park, sebelah ada Westburn park...jalan kaki ke school hanya ambil masa 10-15 minit, mmg tak berpeluh ler..semua ok..supervisor ok, officemate ok..keluarga kami pn sihat..mungkin berkat doa semua.Mula2 kat cni, mmg kami sgt homesick...ingat kat Malaysia, betapa bestnya makanan kat Malaysia, bestnya makan seafood kat D'Tunggal, then, when i have to walk to school..i do really missed my car! that little cute blue car :-) , i miss the sunshine in Malaysia ! , i miss budu! haha.. several weeks lepas tuh, kotak budu di pos dari Malaysia sampai.. I spend rm300 just for the packet of budu postage! tp puas hati.. then hati mula accept, ini tempat org..masakla menggunakan kepakaran yg ada, ne ada kedai nak brekpes pagi da ;-)Bersyukur dgn apa yg ada!

Kemudian, Bila fikir kembali, byk juga perjalanan yg aku tempuh sblm kami sampai sini..aku bersyukur krn suami ambil keputusan utk bersama-sama aku disini.. duduk berjauhan dlm tempoh 4 tahun lebih, hampir 5 tahun tidak menjadikan hidupku mudah... Pengasuh pindah...anak terpaksa dihantar ke tempat lain, mungkin tidak sesuai, bermula la episod zayyan selalu sakit2... sebulan sekali demam, kemudian 2 minggu sekali demam, sampaikan tahap plg teruk, setiap minggu depan..masuk hospital 6 kali, mcm2 penyakit, bronchoneumonia, pneumonia yang mana demam panas sampai 40.2 degree..

Ibu mana yg tak takut, bila kita bagi mkn ubat, tak kebah, sponging air suam, tak kebah, biasa lepas sejam bg ubat PCM, kalo tak kebah boleh bg supp vorren..tp utk kes zayyan, bg supp vorren, dia hanya tahan 2 jam sebelum suhu naik kembali...mana tak cuak..mengangkut pergi KTS...berjumpa Dr farid, pakar kanak-kanak sudah jadi rutin kami, habis duit puluh2 ribu melabur kat KTS yg tiada sebarang pulangan bunga yang lumayan, tidak menjadi hal, yg penting, putera kami sihat..tuh xtermasuk kena INfluenza A, sampaikan aku pn kena Infuenza A dan di kuarantin...

Dr Farid dah cop zayyan sbg patient yg plg mencabar kerjaya dia sbg doktor pakar..mana taknya, semua method, kebahnya sgt sekejap..ubat PCM n Ibuprofen terpaksa bg 3 jam sekali.. darah dah check takut ada penyakit leukimia dll...last skali dia wat conclusion, imuniti zayyan lemah...so kami hantar zayyan pd baby sitter..yg nak jd cerita lg, baby sitter tuh cucu ramai, so penyakit duk berulang..kes episod hantar zayyan masuk ward dah jd biasa, bila suhu sgt tinggi, aku akan hantar KTS..takut sbb duduk srg2..so that is the best way...zayyan pn under treatment, sbb byk sgt kena jangkitan paru2, dia punya paru2 lemah, so 'most likely' to develop asthma..zayyan diberi inhaler, first treatment atroven dgn seretide...seretide diberi utk elak gejala berulang, sbg prevention..dah nampak simptom dia dah tak berulang, di tukar kpd flixotide, dos yg semakin rendah.. lama juga rasanya under treatment, start tahun 2010 lg..

Aku? kerja semakin terbengkalai, byk cuti, meeting tak attend, workshop yg paper work aku buat, aku xleh attend, malunya muka bila memberi alasan anak! aku xpernah beri alasan anak dulu...sgt tak suka...tp dah terpaksa..anak asyik masuk hospital..suami byk kali juga tak terus balik..gaduh? perkara biasa..aku menyalahkan suami bila rasa stress..knkdg sgt marah bila anak demam panas, kena penumonia suami tidak balik, kerana kerja..aku? aku pun kerja? tp sbg ibu, aku yg kena mengalah..bertekak perkara biasa...aku di uji dgn pelbagai dugaan, bawa kereta mlm2 utk hantar anak hospital perkara biasa, tak tido mlm perkara biasa..marah! aku sgt marah pn suami atas apa yg aku lalui...aku marah, kecewa krn dia tiada di sisiku....aku malu, krn aku byk menyusahkan org lain, yg tiada kena mengena..aku malu pd sahabat2 disekelilingku, asyik menyusahkan depa.. itu antara sbb aku marah, mungkin!

Tp, suatu hari..ada seorg sahabat, menyedarkan aku! cuba lihat diri sendiri...kenapa aku harus marah? anak anugerah Allah...suami kerja cari rezeki utk aku dan anak2..selagi aku xredha dgn dugaan yg aku alami, selagi xcuba utk jd isteri n ibu yg betul2 ibu n isteri, mungkin aku terus di UJI! terpana..Sbg ibu katanya, jgn diungkit apa kita buat, kasih ibu..jgn di ungkit pada suami... aku terpkir, aku tiada niat, tak pernah niat utk mengungkit, tp mungkin bila di uji, keluh kesah kita pada suami, seolah2 mcm mengungkit...terdiam sejenak aku.. aku sbg ibu, anak adalah nyawaku..mana mungkin boleh diganti dgn apa-apa..

kemudian aku diuji lg, zayyan demam panas, masuk hospital, tak kebah2..nak solat tak boleh, sponging anak, nak kencing pun susah sbb keseorangan di bilik ward KTS, anak xtido n menangis...kita mengaharapkan suami balik utk berkongsi kesusahan, tiba2 suami telefon dia ada meeting penting, tak boleh balik? Aku? mahu saja menghamburkan kemarahan...tp tiba2 aku cuba redha..lembut je ckp.. 'Tak apa la abang'..'mommy jaga dulu, dah habis kerja abg, 2-3 hari lg kalau boleh, nanti abg balik ler'...Cuba redha n redha...susah rupanya utk redha...sblm boleh ckp cmtuh pn...byk kali aku bgn malam, solat, mcm mana hati boleh redha...susahnya! tp bila aku di uji lg, aku cuba utk redha..rupa2nya BENAR! itu episod terakhir zayyan masuk ward!


Dlm pada mcm2 episod tuh, Zayyan juga under treatment makan life probiotic with high concentration utk kembalikan sistem imuniti badan...tuh xtermasuk vitamin C high concentration..its nearly about 8 months zayyan makan..sampai la dia semakin kuat dan kuat! Dr Farid org yg plg hepi..pertama mungkin kami melabur byk (hahahha) jgn marah Dr Farid, kami tau dia ikhlas merawat zayyan,

2)Treatment dia berjaya n sistem imuniti zayyan dah semakin kuat..sblm dtg aberdeen, kami satu keluarga amik influenza, dr farid hentikan inhaler flixotide sebulan sblm kami dtg, katanya nanti zayyan boleh tahan cuaca sejuk, insyaAllah tnapa asthma, dan paru2 juga kuat.. dan probiotics pn berhenti...dgn izin Allah, zayyan tak sakit lg...tp bak kata shariff, mungkin semua virus dan bakteria dah ada dlm badan dia, so skrg dah kebaL! Wallahualam :-) Zayyan juga sudah tidak asthma..dengan angin kuat yg maha kuat di Aberdeen, rilex jer si kecik tuh...aku syukur..dan terus berdoa !

Aku juga bersyukur...Allah mudahkan jalan ku lps tuh, tup tap tup tap, kami dah buat persediaan utk ke Aberdeen... Papa shariff pn dah tak mahu tinggalkan kami, lembut hatinya utk menemani isteri dan anaknya di terengganu dan aberdeen nanti..Kami sedar, walaupun kami msg2 masuk duit yg banyak, bonus suami ku dtg dan pergi, tp Allah uji kami, duit itu bkn segala2nya utk kami..

Terima kasih aku ucapkan kepada semua sahabat yg membantu / pernah menbantu...Sally, Huda, Kak Yati, Kerol, Shila, Cik Sal, Yati, yg sudi bg sokongan moral dari jauhhhh ;-)... terima kasih krn sudi menerima kekurangan diri ini, terima kasih krn ada utk mendengar n membantu sahabatmu ini..,jasamu ku kenang...utk sahabat yg pernah membantu atau pn bekas sahabat, jasamu juga ku kenang, moga Allah membalas segala jasa kalian...Juga utk sahabat yg lain, atau bekas sahabat, kata2 perangsang, mahupun nista atau perli yang dikau lemparkan pada diriku dahulu yg menjadikan aku pd hari ini...Aku sentiasa beringat, berhati-hati dlm bersahabat, krn kawan yg kita sgt percaya, suatu hari nnti boleh merobek hati kita tatkala kita tak sedar.. Allah itu Maha Kaya..what you give you get back..aku tidak simpan sbg dendam, aku doakan dirimu diberkati Allah jua di mana-mana

Buat sahabatku hidayah, selamat hari jadi! I miss you! terima kasih krn setia jd sahabat, yg menyedarkan aku jika aku buat salah, tanpa mengutuk aku atau meminggirkan aku atau dengan sengaja mengutuk @ perli..terima kasih Allah atas apa yg berlaku, hikmah mu menjadikan aku hari ini..

Baru aku terfikir, pencarian tempat PhD ku bermula sejak tahun 2009 lagi, tp tak pernah nampak jalan..rupanya Allah mahu menduga aku dahulu...syukur slps itu Allah bukakan jalan utk diri ku..

Aku bersyukur, keluarga masih sihat, suami dan anak... dan itu la doaku setiap hari..agar diberikan kesihatan kpd anak, suami dan diriku..Mereka adalah kekuatan diriku, mereka adalah segala2nya bagi ku!...

Ya Allah, terima ksih krn segala dugaan mu, membuatkan aku menjadi insan yg lebih bersyukur dgn nikmat yg aku ada...Ampuni dosa hmbamu ini..bukakan pintu hati ku utk Ilmu mu..dan permudahkan jihadku di perantauan!

*All i have seen teaches me to trust the creator for all i have not seen *

Tuesday, March 15, 2011

My Dear Zayyan

" you....decorated my life, created a world, where dreams are apart.
you decorated my life, by painting your love all over my heart.
Like a rhyme with no reason in an unfinished song,
there was no harmony, life meant nothing to me
Until you came along.
you brought out the colors & i'm able to see all the things LIFE can BE...

Kenny Rogers-U decorated my life

All i have seen teaches me to trust the creator for all i have not seen