Sunday, January 20, 2013

Salam 2013

Tak tau nk tulis apa sebenarnya, tgh mengisi sesuatu secara on-line, tp connection tak ok...so, hati tgh geram dan panas...nk buat benda lain, hati masih belum tenang utk berfikir ...akhirnya, aku bukak juga blog ni rupanya ;-)

Smlm suami tercinta aka papa zayyan tiba2 ajak pergi ke luar Aberdeen...katanya nk release stress, so si ibu ni ingt nak memasak utk release stress, tp terpaksa menurut jer la walaupun hati tak berapa nk pergi... Aberdeenshire ni bawah aberdeen juga, cuma bukan dalam bandar tempat kami duduk...sblm ni mmg kami dah menjelajah hampir sume Aberdeenshire, dari stonehaven hinggalah ke Peterhead and Huntly,Aberdeenshire.. masuk kg, ceruk kg dll...bukan berjalan, tp mendapat tugasan dari sang supervisor utk menolong dia sampling...so kerja aku dan suami, masuk rumah org puteh...amek sample...mcm2 rumah kami dah masuk,rumah ladang (yg ada pokok apple & kuda), rumah bungalow (yg maha besar), rumah kecik comel ala2 cottage dll....syukur nikmat Allah...Aberdonian ni mmg baik2..peramah dan menghormati kita...cuma tiap kali balik tuh kena samak coz hampir semua rumah ada anjing,so mmg sudah biasa dijilat anjing ;-) terpaksa bermain dan menghormati anjingnya kerana utk menghormati tuan rumah.

Berbalik kpd cerita di atas, suami tercinta ajak ke Ballater, Braemar, Aberdeenshire...dekat sgt jer..dlm sejam setengah perjalanan..tp keluar bandar Aberdeen dan masuk ceruk kampung...yg mmg sgt cantik...mostly tepi pantai, town Aberdeen ni, snow boleh jadik lebat,knkdg mild..so kalau nk experience snow yg maha tebal, pergilah keluar bandar,Aberdeenshire...mmg tidak pernah mengecewakan dan snow berkaki-kaki tingginya ;-)

We went there in the morning,trying to drive as slowly as possible. Tp alhamdullillah spt kwn bgtau (member office yg suggest pergi), main road, mmg grit salt depa tabur, though berhati2 takut skidded aje..so bawa mmg sgt slow smbil experience keindahan alam..Mmg cantik! sgt cantik... kdg2 kita sbg manusia lupa kehebatan sang pencipta, bila diamati, mengagumkan, breathless...dan barulah kita sedar, betapa kerdilnya kita di sisi Allah... perjalanan yg sepatutnya ambil masa sejam setengah jadik lama krn kereta kami sgt berhati2 (;-))...Selalu berhenti untuk ambil gambar,sampaikan ada scottish berhenti kereta dan bertanya kami, Aint all rite? hiihihi...I guess dia ingatkan kereta kami alami kerosakan kot... so, terpaksa la kami menerangkan bahawa kami ini JAKUN....hanya untuk mengambil gambar pemandangan yg sgt cantik di kampung2 kan?

Kami selamat sampai di Ballater waktu tengahari..kami solat dlm kereta ;-)..Ballater ni tempat main ski..masa sampai,suhu -8 degree, sgt cantik...rasanya ni pertama dan terakhir kami sampai kot...org tua2 ckp ambil pengalaman kan?...Alhamdulillah selamat semuanya



otw ke ballater





Muka seorang budak yang bosan ;-)


Akhirnya kami sampai!



Sebelum terlupa, Salam Tahun baru kpd sume rakan2 walau dimana jua anda berada...Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya, semoga bertambah iman yg jelas senipis kulit bawang ini, semoga bertambah kenikmatan dlm bersolat dan plg penting, diberkati Allah dunia dan akhirat..Aminnn