Saturday, March 10, 2012

Salam Dari Aberdeen


Lama tak menjengah ke blog..mungkin ini entry terakhir sblm menutup blog selamanya..wallahualam..sbb merasakan sudah xde masa utk ber blogging juga merasakan tatapan diari hidup sudah tidak wajar utk dikongsi, tidak dapat ditafsirkan rasa hati ini, lgpn xde bakat ;-) ..

Kami bertolak dari KLIA ke aberdeen pada 26 Januari lalu,Flight transit di amsterdam, dan terus ke aberdeen, kami naik flight pukul 11.59 minit tengah malam, Malaysian Airlines.. sepanjang kami bergerak ke terminal antarabangsa C7, kami rasa biasa ajer,nak kata nervous pn tidak..excited pn tidak..mmg dah tawakkal utk meredah tempat org.. shariff menolak zayyan dalam stroller, zayyan pn nampak selesa..sambil menunggu dipanggil, baru terperasan yang aku seorang aje yg bertudung menunggu flight tuh...mat saleh tgk2 juga pada kami..agaknya duk pkir, 'Apa la budak ni nak wat kat Amsterdam?' hahaha..tp semua senyum ajer...siap tegur zayyan lg..comel ke anak aku? hahha

Perjalanan menaiki malaysia airlines memakan masa hampir 14 jam..naik pukul 11.59 tengah malam, dan kami sampai di Amsterdam pukul 1.30 tengahari waktu Malaysia, tp sbb merentasi masa, waktu tempatan di Amsterdam hanya pukul 6.30 pagi, 27 Januari..keluar dari terminal..kami terus berjalan utk cari terminal transit utk ke Aberdeen. Kami menaiki KLM Royal Dutch City Hopper utk ke Aberdeen, namun flight kami hanya pada pukul 9.30 pagi. Tak tau nak buat apa sambil menunggu, kami jalan juga perlahan2 tgk kedai, TGk ajer! then terus ke washroom utk tukar memakai thermal...zayyan pula, kami dah tukar pakaian awal2 lg..kemudian terus ke gate kami..KLM royal duth menggunakan sistem bas, jadi kami kena keluar naik bas dari terminal utk dibawa ke kapal terbang kami..mula2 keluar, kami diberitahu suhu 3 degree..baru terasa yg bila bercakap, eh, kenapa keluar asap? ;-) Sampai di Aberdeen, jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi.. suhu 1 degree, dgn angin yg kuat, aku dokong zayyan utk turun dari plane..dan berjalan..alhamdulillah imigresen ok..UK border o..scotland yard pn ok..siap datang sembang2 lg..kemudian kami terus ambil cab ke rumah sewa kami.. Di rumah sewa, landlord kami, Rosemary Clark sudah menunggu..a very warm landlady! sudah bayar deposit rumah 1400 pound, tandatangan apa yg patut, kami sudah mula mengemas.

Sejam kemudian pelajar PhD malaysia, wanis dtg rumah bawa makanan ;-) syuukur alhamdulillah..wanis juga dtg bawa duvet, sarung duvet memandangkan walaupun rumah kami fully furnished siap dgn cadar, duvet tak ada..mana nak tahan , maklumla kami arrived during winter, lps tuh wanis bawa cari brg2 rumah, barang halal dan petangnya Haji Hamdan dan isteri ajak makan...syukur lg..siap Kak Saniah bekalkan kami lauk lg utk makan esok pg...Alhamdulillah..terima kasih semua yg membantu kami..

Rumah kami 2 bilik, depan rumah taman, dikenali sbg Victoria Park, sebelah ada Westburn park...jalan kaki ke school hanya ambil masa 10-15 minit, mmg tak berpeluh ler..semua ok..supervisor ok, officemate ok..keluarga kami pn sihat..mungkin berkat doa semua.Mula2 kat cni, mmg kami sgt homesick...ingat kat Malaysia, betapa bestnya makanan kat Malaysia, bestnya makan seafood kat D'Tunggal, then, when i have to walk to school..i do really missed my car! that little cute blue car :-) , i miss the sunshine in Malaysia ! , i miss budu! haha.. several weeks lepas tuh, kotak budu di pos dari Malaysia sampai.. I spend rm300 just for the packet of budu postage! tp puas hati.. then hati mula accept, ini tempat org..masakla menggunakan kepakaran yg ada, ne ada kedai nak brekpes pagi da ;-)Bersyukur dgn apa yg ada!

Kemudian, Bila fikir kembali, byk juga perjalanan yg aku tempuh sblm kami sampai sini..aku bersyukur krn suami ambil keputusan utk bersama-sama aku disini.. duduk berjauhan dlm tempoh 4 tahun lebih, hampir 5 tahun tidak menjadikan hidupku mudah... Pengasuh pindah...anak terpaksa dihantar ke tempat lain, mungkin tidak sesuai, bermula la episod zayyan selalu sakit2... sebulan sekali demam, kemudian 2 minggu sekali demam, sampaikan tahap plg teruk, setiap minggu depan..masuk hospital 6 kali, mcm2 penyakit, bronchoneumonia, pneumonia yang mana demam panas sampai 40.2 degree..

Ibu mana yg tak takut, bila kita bagi mkn ubat, tak kebah, sponging air suam, tak kebah, biasa lepas sejam bg ubat PCM, kalo tak kebah boleh bg supp vorren..tp utk kes zayyan, bg supp vorren, dia hanya tahan 2 jam sebelum suhu naik kembali...mana tak cuak..mengangkut pergi KTS...berjumpa Dr farid, pakar kanak-kanak sudah jadi rutin kami, habis duit puluh2 ribu melabur kat KTS yg tiada sebarang pulangan bunga yang lumayan, tidak menjadi hal, yg penting, putera kami sihat..tuh xtermasuk kena INfluenza A, sampaikan aku pn kena Infuenza A dan di kuarantin...

Dr Farid dah cop zayyan sbg patient yg plg mencabar kerjaya dia sbg doktor pakar..mana taknya, semua method, kebahnya sgt sekejap..ubat PCM n Ibuprofen terpaksa bg 3 jam sekali.. darah dah check takut ada penyakit leukimia dll...last skali dia wat conclusion, imuniti zayyan lemah...so kami hantar zayyan pd baby sitter..yg nak jd cerita lg, baby sitter tuh cucu ramai, so penyakit duk berulang..kes episod hantar zayyan masuk ward dah jd biasa, bila suhu sgt tinggi, aku akan hantar KTS..takut sbb duduk srg2..so that is the best way...zayyan pn under treatment, sbb byk sgt kena jangkitan paru2, dia punya paru2 lemah, so 'most likely' to develop asthma..zayyan diberi inhaler, first treatment atroven dgn seretide...seretide diberi utk elak gejala berulang, sbg prevention..dah nampak simptom dia dah tak berulang, di tukar kpd flixotide, dos yg semakin rendah.. lama juga rasanya under treatment, start tahun 2010 lg..

Aku? kerja semakin terbengkalai, byk cuti, meeting tak attend, workshop yg paper work aku buat, aku xleh attend, malunya muka bila memberi alasan anak! aku xpernah beri alasan anak dulu...sgt tak suka...tp dah terpaksa..anak asyik masuk hospital..suami byk kali juga tak terus balik..gaduh? perkara biasa..aku menyalahkan suami bila rasa stress..knkdg sgt marah bila anak demam panas, kena penumonia suami tidak balik, kerana kerja..aku? aku pun kerja? tp sbg ibu, aku yg kena mengalah..bertekak perkara biasa...aku di uji dgn pelbagai dugaan, bawa kereta mlm2 utk hantar anak hospital perkara biasa, tak tido mlm perkara biasa..marah! aku sgt marah pn suami atas apa yg aku lalui...aku marah, kecewa krn dia tiada di sisiku....aku malu, krn aku byk menyusahkan org lain, yg tiada kena mengena..aku malu pd sahabat2 disekelilingku, asyik menyusahkan depa.. itu antara sbb aku marah, mungkin!

Tp, suatu hari..ada seorg sahabat, menyedarkan aku! cuba lihat diri sendiri...kenapa aku harus marah? anak anugerah Allah...suami kerja cari rezeki utk aku dan anak2..selagi aku xredha dgn dugaan yg aku alami, selagi xcuba utk jd isteri n ibu yg betul2 ibu n isteri, mungkin aku terus di UJI! terpana..Sbg ibu katanya, jgn diungkit apa kita buat, kasih ibu..jgn di ungkit pada suami... aku terpkir, aku tiada niat, tak pernah niat utk mengungkit, tp mungkin bila di uji, keluh kesah kita pada suami, seolah2 mcm mengungkit...terdiam sejenak aku.. aku sbg ibu, anak adalah nyawaku..mana mungkin boleh diganti dgn apa-apa..

kemudian aku diuji lg, zayyan demam panas, masuk hospital, tak kebah2..nak solat tak boleh, sponging anak, nak kencing pun susah sbb keseorangan di bilik ward KTS, anak xtido n menangis...kita mengaharapkan suami balik utk berkongsi kesusahan, tiba2 suami telefon dia ada meeting penting, tak boleh balik? Aku? mahu saja menghamburkan kemarahan...tp tiba2 aku cuba redha..lembut je ckp.. 'Tak apa la abang'..'mommy jaga dulu, dah habis kerja abg, 2-3 hari lg kalau boleh, nanti abg balik ler'...Cuba redha n redha...susah rupanya utk redha...sblm boleh ckp cmtuh pn...byk kali aku bgn malam, solat, mcm mana hati boleh redha...susahnya! tp bila aku di uji lg, aku cuba utk redha..rupa2nya BENAR! itu episod terakhir zayyan masuk ward!


Dlm pada mcm2 episod tuh, Zayyan juga under treatment makan life probiotic with high concentration utk kembalikan sistem imuniti badan...tuh xtermasuk vitamin C high concentration..its nearly about 8 months zayyan makan..sampai la dia semakin kuat dan kuat! Dr Farid org yg plg hepi..pertama mungkin kami melabur byk (hahahha) jgn marah Dr Farid, kami tau dia ikhlas merawat zayyan,

2)Treatment dia berjaya n sistem imuniti zayyan dah semakin kuat..sblm dtg aberdeen, kami satu keluarga amik influenza, dr farid hentikan inhaler flixotide sebulan sblm kami dtg, katanya nanti zayyan boleh tahan cuaca sejuk, insyaAllah tnapa asthma, dan paru2 juga kuat.. dan probiotics pn berhenti...dgn izin Allah, zayyan tak sakit lg...tp bak kata shariff, mungkin semua virus dan bakteria dah ada dlm badan dia, so skrg dah kebaL! Wallahualam :-) Zayyan juga sudah tidak asthma..dengan angin kuat yg maha kuat di Aberdeen, rilex jer si kecik tuh...aku syukur..dan terus berdoa !

Aku juga bersyukur...Allah mudahkan jalan ku lps tuh, tup tap tup tap, kami dah buat persediaan utk ke Aberdeen... Papa shariff pn dah tak mahu tinggalkan kami, lembut hatinya utk menemani isteri dan anaknya di terengganu dan aberdeen nanti..Kami sedar, walaupun kami msg2 masuk duit yg banyak, bonus suami ku dtg dan pergi, tp Allah uji kami, duit itu bkn segala2nya utk kami..

Terima kasih aku ucapkan kepada semua sahabat yg membantu / pernah menbantu...Sally, Huda, Kak Yati, Kerol, Shila, Cik Sal, Yati, yg sudi bg sokongan moral dari jauhhhh ;-)... terima kasih krn sudi menerima kekurangan diri ini, terima kasih krn ada utk mendengar n membantu sahabatmu ini..,jasamu ku kenang...utk sahabat yg pernah membantu atau pn bekas sahabat, jasamu juga ku kenang, moga Allah membalas segala jasa kalian...Juga utk sahabat yg lain, atau bekas sahabat, kata2 perangsang, mahupun nista atau perli yang dikau lemparkan pada diriku dahulu yg menjadikan aku pd hari ini...Aku sentiasa beringat, berhati-hati dlm bersahabat, krn kawan yg kita sgt percaya, suatu hari nnti boleh merobek hati kita tatkala kita tak sedar.. Allah itu Maha Kaya..what you give you get back..aku tidak simpan sbg dendam, aku doakan dirimu diberkati Allah jua di mana-mana

Buat sahabatku hidayah, selamat hari jadi! I miss you! terima kasih krn setia jd sahabat, yg menyedarkan aku jika aku buat salah, tanpa mengutuk aku atau meminggirkan aku atau dengan sengaja mengutuk @ perli..terima kasih Allah atas apa yg berlaku, hikmah mu menjadikan aku hari ini..

Baru aku terfikir, pencarian tempat PhD ku bermula sejak tahun 2009 lagi, tp tak pernah nampak jalan..rupanya Allah mahu menduga aku dahulu...syukur slps itu Allah bukakan jalan utk diri ku..

Aku bersyukur, keluarga masih sihat, suami dan anak... dan itu la doaku setiap hari..agar diberikan kesihatan kpd anak, suami dan diriku..Mereka adalah kekuatan diriku, mereka adalah segala2nya bagi ku!...

Ya Allah, terima ksih krn segala dugaan mu, membuatkan aku menjadi insan yg lebih bersyukur dgn nikmat yg aku ada...Ampuni dosa hmbamu ini..bukakan pintu hati ku utk Ilmu mu..dan permudahkan jihadku di perantauan!

*All i have seen teaches me to trust the creator for all i have not seen *

6 comments:

  1. Mina... tabahnya awak... saya tabik pada awak.. tahniah utk awak sbg ibu dan isteri... saya faham perasaan berjauhan dgn suami.. keadaan menyebabkan kita tertekan, serba salah dan sekaligus tindakan kita pula mengundang tekanan dan serba salah org sekeliling kita terutama org yg paling rapat dgn kita iaitu suami... pada siapa lg kita nk luahkan perasaan kan kalau x pd suami kita... namun min pasti suami mina memahami.... asalkan ada timbang rasa, faham memahami dan sayang menyayangi... segala-galanya akan dapat diharungi... yang penting... jgn lupa padaNYA dan sentiasa mencari redhoNYA... min doakan mina selalu... amin... doakan kejayaan min juga ye... TQ..

    ReplyDelete
  2. Ya allah, bila baca entri ni baru tahu what u've been through... lain org lain dugaannya kan.. tapi na dh jadi tabah..insyaAllah dipermudahkan segalanya... sama2 kita doa k... takyah la shut down blog ni, write whenever u have time... take care na n family...

    ReplyDelete
  3. xde niat mengungkit, cuma masa tekanan, anak melalak xberenti, badan xkebah, duk sponging air suam xkebah, ada la sedikit kuat suara n menengking....bergaduh juga ;-) jauhkan aku jd isteri derhaka! doa nabi ibrahim xlekang doh baca niiih...mmg kecut kaki tgn...at one time, dia xrespond pd antibiotik yg masuk kot tgn...dr pn cuak ;-) ada satu masa, zayyan demam setiap hari sepanjang tempoh 2 bulan...Allah jer tau ! moga Allah terus lindungi putera hati tercinta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... smg Allah memberi kesihatan berpanjangan pada Zayyan dan mommy die... kalau mommy die x sihat lg susah... so mina kna jaga diri n kesihatan selalu ye...

      Delete
  4. Sedih nya baca kisah azmina! Kenapa tak pernah cerita pun sebelum ni. Kalau tak, boleh lah kami menolong juga sedaya yang termampu...

    ReplyDelete
  5. dah baca dari itu hari. baru kesempatan nak letak comment. azmina, please dont stop blogging. macam hanis cakap, bila ada masa, coret lar sikit-sikit. at least boleh jadi diari kita. masa depan boleh baca balik ;) tak tahu pulak kisah sedih, jatuh bangun you selama ni, tapi salute lar azmina.. u r a tough girl!! alhamdulillah..susah2 dulu, sekarang senang2 bila dua2 buah hati sihat sejahtera sentiasa di sisi sekarang ni!! i am happy for you!!

    ReplyDelete